SIMPANAN BERSERTA PERLINDUNGAN
PELAN HARMONI
Pelan Simpanan Yang Memenuhi Aspirasi Anda
Impian Masa Hadapan Lebih Cerah
Setiap individu mempunyai impian kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.
Sebagai individu yang bijak anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik.
Namun ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.
Mengikut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam;
dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun
dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli
keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup
ini penuh dengan ketidakpastian.
Dengan Harmoni, anda boleh menarik nafas lega memandangkan kewangan mereka yang anda sayangi terjamin.
Pengenalan Pelan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta
SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang
berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku
kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh
penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.
Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan
takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk
masa hadapan.
Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan
wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan
sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat )
* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang
Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang
berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan
anda.
Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
Manfaat kematian
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Pulangan tunai ketika sijil matang
Manfaat kematian
Kematian biasa serta kematian atas sebab penyakit atau kemalangan
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang
dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau
melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung
dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang
gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus
kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua
belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas
pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau
kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan
dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan
atau buku lali.
Pembayaran Manfaat kematian
Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan
Jumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh.
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )
Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta
( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .
Tambahkan Nilai Pelan Anda
Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,
hanya pilih antara Rider (manfaat tambahan) berikut :-
1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.
2. Rider Penyakit Kritikal
3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
5. Rider Manfaat Tunai Hospital.
6. Rider Ultra Medic (Medical Card).
7. Rider Indemniti Kemalangan.
8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.
9. Rider Bertempoh.
10. Rider Tambah Nilai Tetap.
Kaedah Pembayaran seperti berikut :
* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.
Pembahagian Yuran prestasi dan insentif.
* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta.
Peserta : 50%
eTiQa Takaful : 50%
* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.
Peserta : 85%
eTiQa Takaful : 15%
Siapa yang boleh menyertai:
a)Umur dari berusia 14 hari hingga 60 tahun.
b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh Call/SMS/WhatApps saya 018-9773177
Untuk maklumat lanjut anda boleh Call/SMS/WhatApps saya 018-9773177
No comments:
Post a Comment